Masalah Dalaman PKR Tidak Seteruk Dialami PAS, Kata Shamsul

SHAH ALAM – PKR tidak menafikan yang mereka berdepan dengan masalah dalaman parti, namun tidaklah seteruk Pas.

 

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, tiada pergolakan yang besar berlaku dan hanya menyifatkan umpama ‘ribut dalam cawan’.

 

Beliau berkata, kalau hendak dibanding dengan masalah yang berlaku pada Pas, ibarat langit dengan bumi.

 

“Keadilan parti demokratik. Justeru pendekatan diambil ialah melalui perbincangan.

 

“Natijahnya ialah membina ‘pakatan mega’ untuk menumbangkan BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 

Beliau berkata, masalah yang dihadapi mungkin mengambil sedikit masa bagi membolehkan semua yang terlibat mencari penyelesaian terbaik.

 

Bagaimanapun, beliau yakin hal itu tidak memudaratkan perjalanan parti dalam berdepan dengan PRU akan datang. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.