Jerman Jangka Terima 1.5 juta Migran

BERLIN – JERMAN. Pihak berkuasa Jerman memaklumkan kira-kira 1.5 juta pemohon suaka dijangka tiba di negara itu pada tahun ini, menurut laporan akhbar Bild, semalam.

 

Akhbar paling laris di Berlin itu melaporkan pihak berkuasa Jerman mula bimbang dengan risiko pecahan peruntukan selepas mereka bergelut untuk menyediakan penempatan dan kemudahan kebersihan mencukupi untuk kumpulan pelarian tersebut.

 

“Tekanan akan meningkat pada masa depan. Kami menjangkakan tujuh ke 10,000 pelarian melintasi sempadan secara haram pada setiap hari untuk tempoh suku keempat 2015,” jelas laporan itu lagi.

 

Kelmarin, Menteri Kewangan, Wolfgang Schaeuble menegaskan Eropah perlu mengehadkan jumlah pelarian yang memasuki rantau tersebut.

 

Difahamkan, sokongan ke atas Canselor Jerman, Angela Merkel dilaporkan merosot selepas beliau membuka pintu kepada pelarian yang melarikan diri dari zon konflik di Timur Tengah dan Afrika – Reuters.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.