Isu Lempang Orang Cina: Bising Sampai Kiamat Pun Saya Tak Peduli – Tajuddin

Putrajaya – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertegas beliau tidak akan meminta maaf kerana membuat kenyataan mahu melempang orang Cina.

 

Beliau berkata, MCA boleh terus membuat desakan tetapi beliau tetap tidak akan meminta maaf kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan.

 

“MCA suruh saya mintak maaf, apa dosa saya sehingga saya perlu minta maaf?

 

“Mereka (MCA) boleh buat bising sehingga kiamat, i dont care (saya tak kisah),” katanya dalam sidang media di Kementeriannya pada Selasa.

 

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon sebelum ini mendesak Tajuddin meminta maaf kerana membuat kenyataan mahu menampar orang Cina dari Malaysia yang mencari perlindungan China.

 

Tajuddin, Ahli Parlimen Pasir Salak, telahpun menafikan menggunakan perkataan lempang seperti dilaporkan sebuah portal.

 

Menurut Tajuddin kenyataannya itu lebih bersifat kepada gurauan.

 

Ditanya dakwaan akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948, Tajuddin berkata, beliau tidak menerima sebarang makumat mengenai dakwaan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.