Menyamar Jadi Tentera, Lelaki Selfie Pakai Kasut Dalam Masjid

Kuala Lumpur – Polis menahan seorang jurutera berbangsa Cina yang menyamar sebagai anggota Tentera Kem PULADA yang berpakaian lengkap ATM (celoreng digital) berpangkat Leftenan Muda di belakang masjid dalam keadaan mencurigakan.

 

Menurut sumber, suspek dikatakan telah singgah di masjid PULADA untuk membuang air dan ditangkap orang awam kemudian, ditahan untuk disoal siasat oleh Pegawai Bertugas kemudian di bawa ke balai Ulu Tiram,semalam.

 

Suspek keturunan Cina itu dikenali sebagai Kau Kuan Song, beragama Buddha dan berasal dari Johor.

 

Hasil pemeriksaan kepada bahan kes iaitu Ipad Mini dan juga Iphone 6 kepunyaan suspek dan didapati terdapat banyak gambar suspek bergambar dengan berpakaian celoreng digital dan juga celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah masjid PULADA.

 

Polis turut merampas kereta jenis toyota Camry, geran kereta, kad pelantikan anggota Rela, ad pengenalan, beret Kor KPA, tag bernama RUSLI, Ipad mini, telefon bimbit berjenama iphone 6 ketika lelaki itu cuba memperdaya orang ramai dengan memasuki masjid tersebut.

 

Siasatan lanjut juga mendapati suspek berusia 42 tahun dan merupakan seorang jurutera di kawasan Desa Jaya Johor. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.