Dihantuk Sampai Mati Kerana Tudung Tertanggal

Bhojipura (India) – Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut selepas ayah menghantukkan kepalanya ke dinding beberapa kali dengan alasan tudungnya tertanggal dan menampakkan aurat.

 

Menurut India Times, kejadian tersebut berlaku ketika keluarga Chand Babu sedang menikmati makanan.

 

Tudung kanak-kanak tersebut tiba-tiba terbuka.

 

Menurut seorang penduduk tempatan, Chand kemudian tanpa belas kasihan membelasah Faheen dan menghantukkan kepala kanak-kanak malang tersebut ke lantai.

 

“Chand kata Farheen ‘sudah pandai berfesyen’ dan melupakan tradisi,” kata warga tempatan tersebut.

 

Chand kini ditahan polis dan mungkin didakwa dalam masa terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.