Ahli Parlimen UMNO Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang anggota parlimen Umno dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

 

Sumber yang mengetahui perkara itu mengesahkannya kepada Malaysiakini.

 

Dia, kini pengarah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, ditangkap atas dakwaan menyalah guna kedudukannya.

 

Difahamkan dia ditahan pagi ini bersama lapan lagi individu.

 

Dalam perkembanagn terkini, sumber SPRM bagaimanapun menjelaskan anggota parlimen itu hanya disiasat dan bukan ditahan.

 

“Tidak tahan MP, tetapi siasatan sedang dijalankan berkaitan GLC,” kata sumber itu. – Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.