Timmy Si Kucing ‘Dracula’

Oxfordshire – Kucing bernama Timmy, yang tinggal di pusat kurungan haiwan akhirnya menemui keluarga yang mahu mengambilnya.

Ramai yang takutkan Timmy, kucing berbulu hitam berusia sembilan tahun, kerana kucing ini mempunyai gigi taring panjang seperti Dracula.

Timmy diletakkan ke pusat penjagaan haiwan Blue Cross di Lewknor, Oxon, tiga bulan lalu. Biasanya kucing dikurung di situ selama 30 hari saja.

Namun, walaupun rupanya seperti ‘Dracula penghisap darah’, Timmy yang penyayang itu akhirnya mendapat pemilik yang baru.

Pemilik baru Timmy, Ann Drummond berkata: “Kami nampak dia di laman Blue Cross dan merasakan dia kelihatan hebat.

“Taringnya sedikitpun tidak menakutkan kami. Dia kucing yang paling jinak dan baik.

“Kucing kami sebelum ini hanya ada satu taring dan Timmy seperti mengingatkan kami kepadanya. Timmy ada karektor tersendiri dan kami sangat sayang dia.,” katanya.

Biasanya sukar untuk mendapatkan pemilik baru untuk kucing hitam kerana mitos yang mengatakan ia membawa nasib malang.

Timmy sudah empat kali dipulangkan ke Blue Cross oleh pemilik sebelum ini.

Penyambut tetamu di Blue Cross, Nicola Rixson berkata: “Sungguh luar biasa untuk kucing ada gigi depan seperti ini, dan bagi Timmy pula dia ada gigi taring.

“Timmy mendapat banyak perhatian ketika bersama kami kerana keadaan giginya itu dan kami bimbang tiada orang yang mahu mengambilnya pula.

“Tapi kami gembira penantian Timmy berakhir dan dia mendapat pemilik baru yang sangat menyayanginya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.