Taufan Phanfone Membadai Tengah Jepun

Tokyo – Taufan kencang terus membadai tengah Jepun hari ini selepas menghanyutkan tiga juruterbang di Okinawa semalam menyebabkan sekurang-kurangnya terkorban.

Sementara itu, di Pasifik, taufan kencang membadai Kepulauan Mariana termasuk Guam dengan disusuli angin kencang dan hujan lebat.

Di Jepun, perkhidmatan kereta api laju ditangguhkan pada perjalanan dari Tokyo dan Osaka kerana hujan lebat dan kira-kira 600 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Haneda.

Taufan Phanfone membadai kawasan pantai dekat bandar Hamamatsu selepas jam 8 pagi.

Pihak berkuasa mengeluarkan arahan supaya berpindah bagi kira-kira 400,000 orang terjejas dengan taufan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.