Rumah Ahli Perniagaan Di Ampang Ditembak

Kuala Lumpur – Seorang ahli perniagaan yang sedang nyenyak tidur terkejut dengan bunyi tembakan di luar rumah teres dua tingkatnya di Taman Pandan Mewah, Ampang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad, berkata mangsa yang berumur pertengahan 50-an kemudian membuat laporan polis.

Beliau berkata, siasatan mendapati bahagian tingkap di rumah itu didapati pecah akibat tembakan dipercayai dilakukan seorang penunggang motosikal yang berpakaian jaket hitam, bertopi keledar penuh dan bertopeng muka.

“Suspek dipercayai melepaskan tembakan dari jarak 20 meter di tepi jalan ke arah rumah mangsa.

“Pengawal keselamatan warga Myanmar yang bertugas di pos pengawal berhampiran rumah mangsa terdengar bunyi seakan tembakan dari arah bertentangan jalan raya pada waktu kejadian kira-kira 5.47 pagi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.