Remaja Maut, Lemas Dalam Lombong

Ipoh – Seorang remaja lelaki ditemui lemas selepas terjun ke dalam lombong ketika sedang memancing di sebuah lombong di Kampung Kurnia Jaya Tambahan di Kamunting di sini, semalam.

Mayat Mohd Ajmal Ahmad Zulkifli, 15, dari Kampung Sentosa Jaya, Kamunting ditemui pada jam 8.22 malam ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan sejak lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusuf Mohd Diah berkata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting itu bersama-sama dua rakannya menaiki sebuah bot untuk memancing di lombong berkenaan.

“Bagaimanapun sampan yang mereka naiki telah bocor dan dimasukki air. Mangsa bertindak terjun ke dalam lombong untuk menyelamatkan diri, namun terus tenggelam ke dalam lombong dan lemas,” katanya.

Beliau berkata dua rakan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya menyelamatkan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.