Polis Bantuan Warga Malaysia Mati Ditembak Di Tandas

Kuala Lumpur – Seorang polis bantuan warga Malaysia ditemui mati dengan satu kesan tembakan di kepala, dalam tandas Lapangan Terbang Changi, di Singapura, pada Sabtu lalu.

The Straits Times Singapura melaporkan, mayat Lans Koperal S. Mohana, 34 tahun, ditemui kira-kira jam 10.50 pagi, dengan sepucuk pistol jenis revolver miliknya dijumpai di sebelah mayatnya.

Paramedik pasukan Pertahanan Awam Singapura mengesahkan kematian mangsa di tempat kejadian.

Komander Polis Bantuan Certis CISCO, Timbalan Penolong Pesuruhjaya Chua Chuan Seng, dalam satu kenyataan berkata, ketika kejadian, mangsa yang sudah tujuh tahun berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan, sedang bertugas.

“Kita akan membantu keluarga mangsa dan mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyiasat kes ini,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, tiada sebarang unsur jenayah ditemui berhubung kematian mangsa yang sudah berkahwin itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.