PM Britain Arah Perisikan Negara Buru Jihadi John

London – Perdana Menteri Britain mengarahkan ketua risikan negara itu untuk mencari pembunuh kumpulan militan Negara Islam yang dikenali sebagai ‘Jihadi John’ tidak kira hidup atau mati.

Dalam laporan Daily Mail, David Cameron memanggil ketua MI5, MI6 dan GFCHQ ke kediaman rasminyan untuk mengarahkan mereka mencari militan kelahiran UK itu dan menjadikan ia agenda utama mereka.

Arahan baru itu diterima selepas sahabat dan anggota keluarga Alan Henning, pekerja bantuan dari Britain yang dibunuh oleh tentera militan minggu lalu, mendakwa kerajaan tidak melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa.

Selepas 12 jam video pembunuhan Alan dimuat naik di internet, ketua risikan berkumpul di Chequers (kediaman rasmi PM) untuk memberi taklimat kepada David mengenai maklumat yang mereka terima, lapor The Sunday Times.

Menurut laporan akhbar, ketua risikan memberitahu Perdana Menteri maklumat mengenai aktiviti militan itu masih belum boleh disahkan untuk mereka melancarkan serangan khas.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, agensi perisikan bekerja keras untuk mencari lokasi Jihadi John dan rakan-rakannya di mana sebahagian besar usaha MI5 ditumpukan kepada ancaman dari Syria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.