Penternak Lembu Mati Dirempuh Kereta

Ipoh – Seorang penternak lembu berusia 35 tahun maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) kereta ketika cuba menyeberang jalan di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Taman Arkid, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, Avtar Singh Dalber Singh yang beralamat di Tambun dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dengan MPV Naza Citra.

“MPV itu dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun dikatakan yang hendak balik ke rumahnya di Tanjong Tualang dekat sini dari arah Jelapang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa menyeberang jalan hingga menyebabkan pemandu MPV itu gagal mengelak lalu merempuh Avtar Singh hingga tercampak ke seberang jalan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.