Pasangan Lesbian Saman Bank Sperma

Chicago – Seorang wanita lesbian menyaman sebuah bank sperma kerana sperma yang didermakan untuknya datang daripada seorang lelaki kulit hitam bukannya seorang lelaki kulit putih iaitu pasangannya sendiri.

Jennifer Cramblett menuntut ganti rugi, dengan berkata dia mahu memastikan bank sperma tidak membuat kesilapan yang sama sekali lagi.

Tuntutan mahkamah telah difailkan pada Isnin, terhadap Midwest Bank Sperma di Cook County,Illinois.

Pada 2011 Cramblett,36 telah disahkan hamil beberapa hari sebelum dia melangsungkan perkahwinan dengan pasangan lesbiannya Amanda Zinkon.

Pada April 2012, ketika kandungannya berusia lima bulan, Jennifer berkunjung ke Midwest Bank Sperma LLC di Chicago untuk menempah sperma daripada penderma yang sama dengan harapan pasangannya, Amanda,29, suatu hari nanti akan mempunyai anak.

Jennifer berkata, mereka telah memilih sperma daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai No 380, penderma berkulit putih namun, sperma digunakan untuk persenyawaan datang daripada No 330, penderma berkulit hitam.

Jeniffer hanya mengetahui perkara ini apabila salah seorang pekerja bank mengaku mereka memberikan sperma daripada penderma yang salah.

Dalam satu temubual telefon dengan AP, Jennifer dipetik sebagai berkata,”Bagaimana mereka boleh membuat satu kesilapan yang begitu peribadi?”

Menurut Jennifer, pasangannya Amanda, suka anak perempuan yang kini sudah berusia dua tahun itu tetapi mereka bimbang mengenai kehadirannya di kalangan masyarakat berkulit putih di mana mereka tinggal kini.

Dalam tuntutan mahkamah itu, Jeniffer berkata mereka telah berpindah ke bandar Ohio di Uniontown untuk mencari sekolah yang lebih baik dan lebih dekat dengan keluarga ini.

Beliau berkata sebagai pasangan lesbian, dia merasakan kejadian ini sesuatu yang zalim kerana membabitkan diskriminasi warna kulit.

Tuntutan mahkamah itu turut menyebut bank sperma itu tidak mempunyai rekod penyimpanan elektronik dan tiada kawalan kualiti yang akan menghalang ia daripada menghantar sperma yang salah ke klinik kesuburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.