Lelaki Nyaris Maut Dirempuh Bas

Nibong Tebal – Seorang lelaki nyaris maut, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya, terbabas dan dirempuh sebuah bas ekspres, di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selepas hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi, apabila pemandu kereta Toyota Avanza itu yang berumur 21 tahun dipercayai hilang kawalan, akibat keadaan jalan basah, lalu dia melanggar besi pembahagi jalan.

“Pada masa sama, sebuah bas ekspres yang membawa 19 penumpang dalam perjalanan dari Kedah menuju Selangor, merempuh kereta tersebut dan menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas di bahagian kiri jalan,” kata sumber polis.

Akibat kejadian itu, empat penumpang, pemandu bas dan pemandu kereta itu cedera ringan.

Jurucakap itu berkata, mereka dihantar ke Hospital Sungai Bakap, sementara penumpang lain meneruskan perjalanan dengan bas lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.