Lelaki Di Hulu Selangor, Gantung Diri Sebab Putus Cinta

Hulu Selangor – Seorang lelaki yang dipercayai putus cinta, bertindak nekad membunuh diri di rumahnya, di Taman Rasa Utama, semalam.

Jurucakap polis ketika dihubungi memberitahu, mangsa yang dikenali sebagai Chiong Kien Leong, 27 tahun, ditemui tergantung pada palang besi pintu dapur rumahnya.

Menurutnya, kejadian itu hanya disedari keluarga mangsa kira-kira jam 7.30 malam Sabtu.

“Mangsa dipercayai bertindak demikian, selepas semua ahli keluarganya keluar rumah pada petang hari kejadian.

“Lelaki terbabit turut meninggalkan satu nota menyatakan sebab dia bertindak demikian,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.