Imam Di Segamat, Meninggal Dunia Di Mimbar Ketika Khutbah Aidiladha

Segamat – Seorang imam, Ali Suang, 75, yang menyampaikan teks khutbah Aidiladha tiba-tiba terduduk di kerusi di atas mimbar dan sempat mengucap kalimah syahadah di pangkuan isterinya sebelum disahkan meninggal dunia di Surau Al-Muhtadeen, Taman Seri Kenangan, Batu Anam di sini, jam 8.40 pagi semalam.

Sebelum kejadian, arwah membaca khutbah kedua selepas solat sunat Aidiladha apabila tiba-tiba terduduk di kerusi di atas mimbar sebelum kepalanya terlentuk ke arah dinding.

Pengerusi Surau Al-Muhtadeen yang juga jirannya, Abdullah Ismail, 67, berkata, melihatkan kejadian itu, jemaah bergegas membawanya turun dari mimbar ke bahagian tengah surau sebelum cuba memberikan bantuan pernafasan.

Menurutnya, pada masa sama, seorang jemaah mengambil alat bacaan tekanan darah manakala jemaah lain memaklumkan kejadian itu kepada isteri arwah, Fatimah Ahmad, 65, di rumah mereka terletak 50 meter dari surau berkenaan.

“Selain itu, ada juga jemaah menghubungi Pusat Kesihatan Kecil Batu Anam sebelum pasukan perubatan tiba bersama ambulans dan hasil pemeriksaan mendapati arwah disahkan sudah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.