Hentikan Peruntukan Dana Kerajaan Terhadap Sekolah Cina

Kuala Lumpur – Cadangan supaya Perwakilan Umno membahaskan untuk mengekalkan atau memansuhkan sekolah Vernakular Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kerana menjadi alat menabur sentimen anti kerajaan turut dipersetujui oleh Yang DiPertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (Perkasa), Abu Bakar Yahya.

Sebelum ini timbalan ketua bahagian Umno Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad berkata perhimpunan tahunan itu adalah platform yang sesuai untuk membahaskan perkara itu dan tindakan tersebut amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran.

Menurut Abu Bakar, beliau menekankan setiap kaum boleh menubuhkan sekolah bahasa ibunda sendiri kerana kebebasan ini telah dijamin dalam perlembagaan Malaysia.

“Namun sekolah tersebut tidak boleh disalurkan peruntukan daripada wang kerajaan dan tidak boleh diiktiraf penubuhannya.

“Ini kerana bahasa Kebangsaan adalah bahasa rasmi dan telah dijamin dalam Perkara 151 dan 152,”kata Abu Bakar.

Tambah beliau, dalam persidangan Umno nanti bukan soal mengekalkan atau memansuhkan sekolah Vernakular SJKC sahaja, tetapi sepatutnya dicadangkan untuk memberhentikan peruntukan dana kerajaan kepada sekolah tersebut.

‘Jika inginkan satu bahasa, satu bangsa dan satu negara, tidak perlu ada sekolah vernakular Cina atau India.

“Jika mahu diteruskan perlu menghormati perlembagaan negara dan bukannya mendatangkan sentimen perkauman dalam penglibatan sekolah tersebut kepada pelajar,” ujarnya.

Kata Azli Mohemed seperti yang dilaporkan dalam laporan akhbar Mingguan Malaysia semalam, beliau turut mencadangkan agar semua SJKC sedia ada perlu diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan sepenuhnya dan tidak bebas seperti sekarang ini.

“Kita mahu membasmi sentimen perkauman yang sering dipolitikkan golongan yang cetek pemikiran politiknya,” tegasnya.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamed Azli Mohemed Saad yang mencadangkan supaya Perhimpunan Agung UMNO pada November ini membincangkan sama ada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) perlu diterus atau dimansuhkan.

“Beliau (Mohamed Azli) tidak hanya mencabar hak hakiki warganegara ini untuk belajar bahasa ibunda masing-masing, malah turut mempersoalkan hak pendidikan komuniti Cina. Tindakan beliau itu boleh mengakibatkan ketegangan antara kaum,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Lian Ker berkata, cadangan yang dinyatakan Mohamed Azli adalah bercanggah dengan Perlembagaan negara dan dasar yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN).

Dalam kenyataan itu, beliau turut mengingatkan Mohamed Azli terhadap insiden melibatkan seorang Ahli Parlimen UMNO dari Sabah, Mark Koding yang disiasat kerana menghasut dan menyokong cadangan untuk memansuhkan SJKC dan Sekolah Tamil sekitar Oktober 1978.

“Hak sesuatu kaum untuk mengajar dan mempelajari bahasa ibunda mereka tidak boleh dinafikan. Sekolah rendah jenis kebangsaan adalah sebahagian daripada konteks pendidikan perdana juga tidak boleh dinafikan,” katanya.

Lian Ker yang juga Pengerusi Biro Harmony agama MCA, adalah menjadi polisi BN sejak sejak kermerdekaan lagi untuk mempertahankan hak semua rakyat Malaysia untuk mepelajari bahasa ibunda masing-masing. Dan jika Mohamed Azli tidak bersetuju dengan perkara ini, beliau dialu-alukan untuk keluar parti,” tambahnya.

 

Baca: Perwakilan Disaran Bahas Isu Mansuh Sekolah Cina Dalam Perhimpunan Agung Umno

One thought on “Hentikan Peruntukan Dana Kerajaan Terhadap Sekolah Cina

  • October 6, 2014 at 4:46 pm
    Permalink

    Macammana saranan dan cadangan sekalipun, tiba saja PRU, maka keluarlah wang bantuan kpd srjkC konon nya untuk mendapatkan undi cina. Ini cerita benar, dlm pru13 lepas, srjkc kg lalang siong baling telah diberi rm60ribu melalului adun bayu. Maka naiklah ofis baru dan pembaikan kekal dlm struktur bagunan asal. Apa yang saya tak pus hati, pembinaan ofis baru itu telah menceroboh tanah saya. Saya melenting tapi sial nya, si adun bayu melayu preok ni telah mengarahkan pejabat tanah mengambil alih tanah saya yg hanya serelong saja ni. Saya melenting hingga ke kem pendidikan, tapi kuasa Allah menyebelahi saya, mereka cina2 sial dan adun bayu tak berjaya kerana undang2 dan peraturan dan dasar pelaran itu sndiri tidak membenatkan mereka berbuat demikian. Alhamdulillah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.