Elfira Tak Suka Pakai Aksesori, Tapi Tak Boleh Tak Pakai Jam

Petaling Jaya – Bagi sesetengah orang, akan merasakan gaya penampilan mereka kurang lengkap kalau pakaian mereka tidak dipadankan dengan aksesori tak kiralah sama ada rantai, gelang, cincin dan sebagainya. Namun bagi pelakon remaja Elfira Loy, biar dia idak memakai aksesori lain tapi jangan tak pakai jam.

“Saya memang tak suka sangat sebenarnya nak pakai aksesori macam gelang dan rantai. Kalau pakai gelang pun nampak longgar sebab tangan saya kecil. Tapi… saya tak boleh kalau tak pakai jam. Rasa serba tak kena kalau tak pakai jam.

“Setiap kali kalau nak keluar rumah, cukup dengan saya padankan baju saya dengan jam tangan sebagai aksesori. Kebiasaanya saya memang akan padankan baju dengan jam yang sesuai.

“Saya juga memang pengumpul jam dan setakat ni saya ada 20 utas jam tangan. Termasuklah koleksi paling mahal saya, seutas jam tangan jenama Salvatore Ferragamo”, katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama jam tangan Ice Watch dengan tagline Change You Can, bertempat di e@Curve, semalam.

Tentang koleksi Ice Watch pula,  Elfira memberitahu dia memang menggemari koleksi jam dari Belgium itu. Lebih-lebih lagi rekaan jam tersebut yang mempunyai pelbagai warna terang yang sudah pasti menyerlahkan personalitinya.

“Saya memang suka koleksi jam tangan Ice Watch ni. Saya ada seutas yang saya beli tak lama dulu. Saya suka jam ini kerana bukan saja rekaannya tapi ia ada pelbagai warna terang yang sesuai dengan umur saya.

“Kalau untuk koleksi terbaru ni saya tertarik dengan koleksi Glam Forest dan Glam Pastel sebab material tali jam ni yang lembut dan tahan lasak, sesuai dengan orang macam saya yang aktif ni. Kalau pakai jam ni, ia tak mengganggu saya bila nak menulis terutama ketika saya sedang belajar di dalam kelas. Sebab ada sesetengah jam tangan lain, kalau pakai dan bila nak menulis, rasa susah dan agak terganggu. Tapi Ice-Watch ni memangg selesa lah”, ujarnya yang juga merupakan kategori pemakai jam sebelah tangan kiri.

Dalam perkembangan lain, Elfira kini sedang menantikan tayangan filem terbarunya berjudul ‘Rentap’. Selain itu pada 8 Oktober ini dia akan berangkat ke Manchester United untuk menjalani sebuah penggambaran drama bersiri terbitan RTM.

– mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.