Elak Berulang Kes Godam, Mesin ATM Harus Diganti

Kuala Lumpur –  Semua model mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang sistem komputernya mudah diceroboh perlu diganti bagi mengelak kecurian wang menerusi teknik menggodam.

Presiden Persatuan Perbankan Islam Malaysia, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid, berkata mesin ATM model lama, terutama jenis NCR-5877 mengandungi perisian yang lebih mudah terkena virus berbanding jenis lain yang lebih terkini.

Katanya, keadaan fizikal ATM model lama juga mudah diceroboh, selain tidak dilengkapi ciri keselamatan terkini.

“Sudah tiba masanya mesin ATM model lama diganti dengan yang baharu bagi memastikan insiden berkenaan tidak berulang, selain keselamatan mesin ATM lebih terjamin.

“Pihak bank juga perlu memperbaharui sistem keselamatan dan mesin ATM masing-masing,” katanya ketika dihubungi BH, di sini semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.