Bot Tempur TLDM Hilang Di Perairan Sabah

Kuala Lumpur – Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bot tempur CB204 hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah.

Tan Sri Aziz

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bot tempur TLDM CB 204 itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang tadi.

Menurut sumber BH, maklumat berhubung kejadian itu diterima pada jam 3.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan termasuk dengan bantuan beberapa agensi keselamatan lain.

“Pada masa sama, kapal TLDM yang bersama-sama bot tempur terbabit cuba menghubungi CB204 selain menjalankan pencarian di sekitar Pulau Mangalum dan Pulau Gaya, namun tidak berhasil,” katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Posisi terakhir bot tempur itu adalah di 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum.

KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan bertolak dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad.

Pada pukul 10.30 pagi, Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke Pangkalan akibat cuaca buruk.

Namun pada pukul 1.05 petang, kapal KD PAUS gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.

KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.

KD Serang dan KD Lekiu turut ditugaskan untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Selain daripada TLDM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia turut dikerah menyertai misi mencari bot tempur tersebut.

Krew bot tempur milik TLDM ini terdiri daripada 7 orang dan diketuai oleh Lt Azri bin Bakar. Operasi mencari masih diteruskan mengikut prosedur sedia ada

 

Berikut adalah kronologi kehilangan CB 204 :

0500- CB 204 telah keluar PTKK, diiringi oleh KD PAUS untuk ke RMN STA UNIFORM.

1030- KD PAUS menghubungi Bilik Operasi MAWILLA 2 menggunakan INMARSAT, menyatakan tujuan untuk berpatah balik ke PTKK bersama CB 204, disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan dan sea state 4/5.

1035- Bilik Operasi MAWILLA 2 mengubungi semula KD PAUS untuk menyatakan “permission granted” untuk berpatah balik ke PTKK bersama CB 204.

1305- KD PAUS menghubungi terus KPSO MAWILLA 2 untuk menyatakan “lost comm” dan “lost visual sight” terhadap CB 204.

1400++ PWL 2, KPSO MWL 2, OPSO KD LEKIU, OPSO KD SERANG, Pilot & TACCO Super Lynx berada di Bilik Operasi MWL 2, untuk ketetapan beberapa perkara:-
* Menghubungi RMN STA LIMA, dan tidak kelihatan CB 204 di persekitaran RMN STA LIMA.
* Memaklumkan agensix lain, dan agensix yang lain tidak mengesan kedudukan CB 204.
* seterusnya CB 204 diisytiharkan hilang based on “lost comm procedure”.

1525- Bilik Operasi MWL 2 menghubungi POU MAWILUD 2 untuk bantuan pencarian udara.

1730- KD LEKIU dan KD SERANG keluar PTKK ke Pu Mangalum.

1736- B200T take-off Labuan ke Pu Mangalum, dijangka smpi di Pu Mangalum 1800.

 

BERITA LAIN MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.