Babi Hutan Mabuk Selepas Minum 18 Bir

Australia – Sebenarnya binatang yang memberi ancaman di Australia adalah babi hutan dan bukannya buaya atau ular terutamanya semasa anda berkhemah.

Di tapak perkhemahan, Australia Barat pada hujung minggu lalu, seekor babi liar menjadi mabuk setelah minum 18 bir yang telah ditinggalkan dalam khemah, lapor Gadling.

Dan seperti mereka yang lain selepas minum 18 bir, babi itu rasa dirinya bagai kuat dan mula cari pergaduhan dengan lembu, menyebabkan lembu mengejar babi di sekeliling khemah.

“Di tengah malam itu, orang yang berkhemah di situ terdengar bunyi bising, dan membawa lampu suluh. Mereka menghalakan lampu suluh ke arah babi tersebut,” kata pengunjung.

Babi itu kemudian dilaporkan tidur mabuk .

Walaupun babi liar adalah dianggap sebagai perosak invasif di banyak tempat di negara Australia namun harus diingat bahawa makanan dan minuman perlu dijaga rapi semasa berkhemah.

Bayangkan jika ia adalah seekor kanggaru yang mabuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.