Wahai rakyat Malaysia, jangan ditipu oleh mereka yang gila kuasa – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak ditipu oleh mereka yang gila kuasa.

Ahli Parlimen Muar itu membidas Kerajaan Perpaduan yang didakwa tangan kiri melawan rasuah, tangan kanan menormalisasikan rasuah.

“Wahai rakyat Malaysia, jangan ditipu dengan mereka yang gila kuasa. Dulu kata lain, kini buat lain.

“Tangan kiri lawan rasuah, tangan kanan menormalisasikan rasuah. Masa depan negara kita digadaikan demi nafsu kuasa.

“Tiada prinsip. Tiada maruah. Tiada keadilan. We must fight them before it is too late,” tegas beliau dalam kenyataan pada Rabu.

Syed Saadiq malah menjelaskan perbezaan kes mahkamah melibatkan beliau dan juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Syed Saddiq pun dapat passport balik. Ini bukti kerajaan tak campur tangan dalam kes Zahid” .Terkejut saya baca komen macam ni daripada geng PH-BN.

“Saya dapat pasport sementara melalui proses mahkamah. Ke luar negara di atas jemputan Kedutaan Amerika Syarikat dengan kerjasama Kerajaan Indonesia. Dipanggil untuk berikan nasihat kepada lebih 40 pemimpin muda ASEAN. Insya-Allah akan bersama Menteri Belia dan Sukan Indonesia juga.

“Bila saya mohon pasport semula, pihak Peguam Negara bantah dan saya melalui peguam perlu berhujah di mahkamah.

“Alhamdulillah, hakim percaya kepada hujah kami dan pasport dipulangkan. Itu baru lah keputusan mahkamah,”jelas beliau.

Manakala Syed Saddiq berkata ia berbeza dengan prosedur mahkamah kes Zahid.

“Dah 4 tahun bermula (sebab tangguh berkali kali), 100 saksi sudah dipanggil.

“Beribu muka surat bukti dokumentasi dibentangkan. Hakim sudah putuskan ada kes “prima facie”, dengan itu pembelaan wajib dipanggil.

“Dah sampai ke peringkat terakhir sebelum keputusan kes. Tiba-tiba, satu per satu “keajaiban” berlaku,” bidas beliau.

Susulan itu Syed Saddiq menyatakan, kes ditangguhkan kerana jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet.

“Perkara lain yang berlaku ialah pendakwaraya kes digugurkan dan bersara awal.

“Malah Zahid desak kes digugurkan berkali kali bahkan Peguam Negara bertukar (lantikan kerajaan).Terus kes digugurkan!

“Bukan mahkamah atau hakim yang putuskan. Lantikan Peguam kerajaan baru yang putuskan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat