Dicalonkan Wanita Asia Paling Beri Inspirasi Sangat Bermakna – Yuna

KUALA LUMPUR — Penyanyi Yuna menyifatkan pencalonannya bagi kategori wanita Asia paling memberi inspirasi untuk acara berprestij E! People’s Choice Awards “sangat bermakna”.

Tidak terfikir, malah berasakan kurang layak, Yuna melalui Instagram semalam mengakui beliau sentiasa bekerja keras, melalui pelbagai cabaran dan kadang kala berdepan situasi kurang menyenangkan.

“Untuk diiktiraf sebagai antara wanita Asia paling memberi inspirasi adalah perkara yang sangat bermakna,” kata pemilik nama sebenar Yunalis Zarai, 32, yang diam di Los Angeles, Amerika Syarikat.

“Apabila pertama kali masuk dalam industri, saya sentiasa berasa diri ini kerdil dan tidak layak. Saya merasakan diri ini adalah sangat asing daripada semua sudut.

“Bagaimanapun, saya tetap berjuang untuk terus teguh dengan jati diri dan bangga dengan asal-usul sebagai warga Asia Tenggara,” katanya yang bersyukur atas pencalonan itu.

Tujuh calon lain adalah Praya Lundberg (Thailand), CL (Korea Selatan), Alia Bhatt dari India, Chutimon Chuengchareonsukying (Thailand), Raline Shah (Indonesia), Zhou Dongyu (China) dan Yung Yu-mi (Korea Selatan) .

E! People’s Choice Awards dijadual berlangsung 11 November ini di Barker Hangar, California. Ia bakal dihadiri ramai artis ternama dari Hollywood dan seluruh dunia. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.