Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe Meninggal Dunia

BEKAS pemimpin diktator Zimbabwe, Robert Gabriel Mugabe meninggal dunia pada usia 95 tahun di sebuah hospital di Singapura pagi tadi.

Kematian Mugabe disahkan oleh Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa.

Presiden Zimbabwe kedua itu dipercayai mula mendapatkan rawatan sejak April lalu.

Mugabe telah berkhidmat sebagai ketua kerajaan Zimbabwe sejak tahun 1980, selaku Perdana Menteri dari tahun 1980 hingga 1987 dan selaku Presiden sejak tahun 1987 hingga 2017.

Nama beliau bangkit pada 1960-an sebagai pemimpin Zimbabwe African National Union (ZANU) dalam pertempuran gerila menentang pemerintahan minoriti kulit putih di Rhodesia dalam Perang Pedalaman Rhodesia (1964–1979).

Mugabe merupakan seorang pemimpin diktator yang sering dipalit kontroversi, bagaimanapun beliau disanjung orang-orang Afrika sebagai wira perjuangan demi kemerdekaan.

Menuju ke akhir tempoh beliau sebagai presiden, Mugabe diletakkan di bawah tahanan rumah oleh Tentera Kebangsaan Zimbabwe dalam satu rampasan kuasa pada November 2017.

Pada 19 November, beliau dipecat sebagai ketua ZANU-PF dan Mnangagwa, bekas Naib Presiden telah dilantik untuk menggantikan tempatnya.

Mugabe kemudian meletak jawatan sebagai presiden pada 21 November. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.