Wanita Cedera Ditikam Suami

AMPANG: Seorang wanita Bangladesh cedera selepas ditikam tiga kali di bahagian perut di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata mangsa berusia 26 tahun ditikam menggunakan objek tajam oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran.

Susulan itu, katanya, suspek yang juga pelarian Rohingya dari Myanmar melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa datang ke Malaysia dua tahun lalu dan berkahwin dengan suspek berkenaan.

“Semakan lanjut mendapati dua individu berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

“Pemeriksaan awal di hospital pula mendapati kecederaan dialami mangsa tidak serius dan tidak ‘menembusi’ ke bahagian usus.

“Mangsa dipindahkan ke wad biasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.