VIDEO: Exco DAP Melaka ‘Gangster’ Dengan Nelayan Kerana Bendera

KUALA LUMPUR – Sebuah video Ahli Dewan Undangan Negeri (EXCO) parti DAP negeri Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang bergaduh mulut dan bertindak seperti ‘gangster’ terhadap sekumpulan nelayan dari perkampungan nelayan di Melaka menjadi tular.

Dalam video tersebut, jelas kedengaran pertengkaran antara pihak Norhizam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri dengan nelayan-nelayan kampung tersebut berpunca dari bendera parti politik yang tidak diturunkan.

Nelayan-nelayan kampung itu ‘naik angin’ berikutan Norhizam bertindak seperti ‘gangster’ meninggikan suara memarahi mereka kerana masih lagi membiarkan bendera parti politik dari parti Barisan Nasional (BN) sewaktu baru tiba untuk sesi perbincangan yang akan diadakan.

Seperti butiran dalam video tersebut, nelayan-nelayan tersebut menyifatkan Norhizam kurang ajar dan tidak menghormati pendirian politik mereka walaupun penduduk kampung tersebut menghormati pucuk pimpinan kerajaan sekarang serta tidak ada masalah mengamalkan arahan kerja dari pihak parti EXCO tersebut.

“Kami orang tua, main sergah suruh cabut bendera. Kita tak ada masalah dengan kerajaan, tapi parti politik pendirian sendiri. Kita ikut apa kerajaan nak buat, kita tak bangkang. YB nak tolong, kita ikut,” kata salah seorang nelayan yang terlibat.

Dalam video berdurasi hampir 10 minit itu juga, Norhizam mendakwa tidak berpuas hati bendera parti politik BN masih dikibarkan memandangkan parti DAP yang berkuasa di kampung.

“Saya nak selesaikan dari segi peruntukan. Nak ambil hati semua, tapi pelik tak beri kerjasama.

“Bila nampak bendera, saya suruh turun. Sebab ini promosi kita nak bermain politik. Turunkan! Bila ada bendera tu maknanya awak masih setia dengan pemimpin (terdahulu),” kata Norhizam.

Semua nelayan di dalam video tersebut ternyata kesal dengan tindakan dan sikap EXCO DAP tersebut yang tidak menghormati pendirian politik mereka serta tidak boleh menerima adab Norhizam yang berlalu pergi tanpa memberikan salam hormat terlebih dahulu.

Dalam kes yang lain, kecoh pada minggu lalu apabila Norhizam mencemarkan nama parti pembangkang apabila satu video menjadi tular di mana beliau bertindak samseng menghalau beberapa orang rakyat yang menduduki tanah kerajaan dengan kata-kata yang kesat.

Orang ramai berpendapat Norhizam sepatutnya menggunakan budi bahasa yang tinggi dan menyelesaikan masalah tersebut dengan cara baik.

4 thoughts on “VIDEO: Exco DAP Melaka ‘Gangster’ Dengan Nelayan Kerana Bendera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.