Timb. Menteri kata pelantikan Mazlee perlu dikaji

SHAH ALAM – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah menganggap pelantikan Dr Mazlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) perlu dikaji semula kerana ia bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan. 

Seiring dengan matlamat parti itu sebelum ini untukmembebaskan universiti dan institusi pendidikan daripada pengaruh politik, maka keputusan merupakan satu kesilapan yang perlu diubah.

“Ini saya anggap sebagai contoh. Walaupun kadang-kadang kita boleh buat silap, silap itu boleh dibetulkan.

“Macam Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri pada satu hari dia umum akan ambil portfolio Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan tetapi apabila beberapa orang tunjuk itu bercanggah dengan manifesto kita, Perdana Menteri buat keputusan untuk undur daripada portfolio itu (Menteri Pendidikan).

“Jadi saya harap kalau boleh ini dikaji semula. Supaya selaras dengan semangat apa yang disebut dalam buku Harapan atau manifesto kita,” katanya kepada pemberita.

Sivarasa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman pelantikan Mazlee pada Rabu sebagai  Presiden UIAM.

Sivarasa yang juga merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh mengaku terkejut dengan keputusan itu.

Berita tersebut menerima pelbagai reaksi netizen termasuklah bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang menganggap kerajaan yang baharu ini gila jawatan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.