Sebat di khalayak ramai, tidak cerminkan Islam, kata Tun M

SHAH ALAM – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hukuman sebat dikhalayak ramai terhadap  dua wanita yang cuba melakukan hukuman seks sejenis di Terengganu tidak mencerminkan agama Islam malah memberi gambaran buruk. 

Beliau berkata, seiring dengan kes juling kali hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu sepatutnya hanya berbentuk nasihat sahaja. 

“Sebab itu, Kabinet berpendapat kalau pun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu, yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya,” katanya menerusi Facebook beliau.

Tambahnya,  hukuman yang dijatuhkan perlu mengelekkan persepsi Islam agama yang ‘bengis’ dan mengaibkan.

“Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam. Ini adalah pendapat Kabinet dan kami harap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa,” katanya lagi. 

3 September lalu, dua wanita, masing-masing berusia 32 dan 22 tahun dihukum sebat enam kali  dan denda RM3,300 kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 tengah hari pada 8 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.