Pelantikan Dr Maszlee Sebagai Presiden UIA Wajar Dikaji Semula – Sivarasa

SHAH ALAM – Pelantikan Dr. Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) wajar dikaji semula, kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu mengakui tindakan tersebut bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang mahu ‘membebaskan’ universiti dan institusi pendidikan daripada pengaruh politik.

“Ini saya anggap sebagai contoh. Walaupun kadang-kadang kita boleh buat silap, silap itu boleh dibetulkan.

“Macam Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sendiri pada satu hari dia umum akan ambil portfolio Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan tetapi apabila beberapa orang tunjuk itu bercanggah dengan manifesto kita, Perdana Menteri buat keputusan untuk undur daripada portfolio itu (Menteri Pendidikan).

“Jadi, saya harap kalau boleh ini dikaji semula. Supaya selaras dengan semangat apa yang disebut dalam buku Harapan atau manifesto kita,” katanya kepada pemberita ketika ditemui berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Seri Setia di Glanmarie malam tadi.

Beliau ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Mazlee sebagai Presiden UIAM yang menimbulkan kontroversi.

“Saya pun terkejut dengar pengumuman itu dan saya rasa adalah wajar keputusan pelantikan itu dikaji semula,” ujar Sivarasa lagi. -MalaysiaGazette

One thought on “Pelantikan Dr Maszlee Sebagai Presiden UIA Wajar Dikaji Semula – Sivarasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.