Panggil bomba sebab cicak

PETALING JAYA – Akibat cemas, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) menerima panggilan telefon untuk ‘menangkap’ cicak. 

Panik dengan haiwan yang disangka biawak dalam rak pakaian, seorang wanita 30-an tergesa-gesa memaklumkan jirannya yang kemudian membuat panggilan kecemasan dengan bomba. 

Pemangku Penyelia BBP Damansara Wan Halim Wan Sulaiman dipetik sebagai berkata , jiran wanita itu  menghubungi bimba pada jam 12.13 tengah hari pada Selasa yang lalu.

“Sebaik membuat pemeriksaan, pihak bomba tidak menemui ‘biawak’ seperti dilaporkan, sebaliknya hanya menemui seekor cicak bersaiz sebesar ibu jari bersembunyi di dalam rak pakaian wanita berkenaan.

“Reptilia itu dilepaskan dan memaklumkan bahawa kejadian salah faham oleh pengadu yang panik seperti itu memang sering diterima pihak bomba,” katanya.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.