Namron mahu buat filem lucah sebab ‘One Two Jaga’

KUALA LUMPUR – Hari ini merupakan hari oertama filem One Two Jaga di pawagam seluruh negara.

Filem tersebut merupaka arahan pengarah dan pelakon berbakat besar dalam negara yang tidak asing lagi iaitu Namron.

Dibintangi Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah serta bintang Indonesia, Ario Bayu dan Asmara Abigail dan ramai lagi, filem ini meneroka sisi gelap berkaitan rasuah, korupsi dan jenayah serta konflik kemanusiaan sejagat yang menghantui masyarakat.

Namron, 48 walaubagaimanapun menyuarakan kekecewaannya kerana filem itu tidak mendapat sambutan seperti mana yang disuarakan oleh netizen sebelum yang kononnya tidak sabar untuk menonton filem tersebut.

Pengarah Namron meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter apabila melihat kedudukan carta filem One Two Jaga kurang mendapat sambutan hangat.

Malah seolah berang dan menyuarakan keinginnya untuk membuat filem lucah selepas ini yang baginya akan mendapat sambutan.

“Kalau belek kat sosial media banyak yang cakap sokong, dah lama tunggu, filem wajib tonton dan macam-macam lagi tapi di panggung kosong takde orang. Baru ai sedar ai terpedaya dengan kata-kata manis. Takpe lepas ni ai buat filem porn pulak mungkin itu yang rakyat Malaysia mahu,” katanya di Twitter hari ini. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.