Mahkamah Israel Lulus Roboh Kampung Palestin

BAITULMAQDIS – PALESTIN. Mahkamah tertinggi Israel semalam mengekalkan perintah untuk merobohkan sebuah perkampungan Badawi Palestin di Tebing Barat meski wujud tekanan antarabangsa.

Keputusan itu bermaksud dalam tempoh tujuh hari lagi, pihak berkuasa akan dibenarkan untuk merobohkan Kampung Khan al-Ahmar yang didakwa Israel dibina secara haram.

“Kami menolak petisyen menentang arahan untuk merobohkan Khan al-Ahmar. Arahan sementara menghalang kerja-kerja merobohkan kampung ini akan dibatalkan dalam tempoh tujuh hari, mulai hari ini (semalam),” menurut keputusan panel hakim mahkamah agung.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa kumpulan hak asasi menentang pemusnahan kampung itu yang hanya mempunyai struktur buatan sendiri daripada aluminium dan kayu.

Keputusan itu membolehkan penempatan haram Yahudi diperluaskan dan menjadikan harapan sebuah negara Palestin kian sukar. – AFP

One thought on “Mahkamah Israel Lulus Roboh Kampung Palestin

  • January 18, 2019 at 6:42 pm
    Permalink

    Negara arab saudi jika bolih ambil rakyat2 palestin dan berilah mereka tapak rumah agar tidak lagi dizalimi olih laknat2 yahudi?? Betapa lama sudah penindasan berlaku namun yg mengaku negara islam langsung tidak cuba bantu?? Apa salahnya arab saudi bantu..!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.