Komen Berunsur Lucah Aliff Syukri Dikecam Netizen

PETALING JAYA, — Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dikecam ramai selepas meninggalkan komen berunsur seks pada foto Fasha Sandha.

“Bergetar zip seluar lelaki di luar,” kata usahawan kosmetik itu, merujuk foto pelakon wanita tersebut di laman Instagramnya.

Menganggapnya “tidak bermoral”, pengguna media sosial mengingatkan jutawan D’Herbs mengenai dirinya sebagai suami dan seorang bapa.

“Cukuplah Datuk. Kesian Datinlah. Fikirlah sikit perasaan orang sebelum komen,” kata seorang pengguna Aida Nieyna di ruangan komen di situ.

Pengguna Exian Ibrahim mengingatkan Aliff supaya “mengenangkan” isterinya yang terpaksa “tebal muka menghadap perangai buruk suami”.

“Jangan sampai satu masa disebabkan perangai Datuk macam ini, Datuk hilang seorang isteri yang selama ini banyak berkorban dan bersabar menjaga aib suami”.

“Komen yang tidak bermoral,” kata Qilasim pula.

“Malunya baca komen macam ini. Tidak hormat langsung. Fikirlah sebelum komen,” kata Ixymong.

Aliff sebelum ini terpalit kontroversi berikutan dia memuat naik video tarian berunsur lucah sempena single beliau “Bobo di Mana”. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.