Papa Gomo patut diam, kata KJ

KUALA LUMPUR –  Bersuara tentang hukuman sebat yang dikenakan terhadap dua wanita kerana melakukakan hubungan sejenis, exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris ditempelak bekas Ketua sayap parti itu. 

Khairy Jamaluddin menerusi Twitter berkata sebaliknya Azri atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo berdiam diri daripada mengambil pendekatan memberikan komen tentang isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

“Gomo anda hanya perlu diam. Perkara macam ini diluar bidang anda,” katanya. 

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Papa Gomo bahawa hukuman yang dikenakan terhadap kesalaham LGBT patut disokong.

Khairy atau KJ beberapa hari yang lalu berkata hukuman sebatan enam kali di khalayak ramai terhadap dua wanita di Terengganu sebagai tidak wajar. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.