Bekas Ketua Menteri Sabah beri keterangan di SPRM

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini meluangkan masa lebih dua jam ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tiba pada 11:45 pagi dengan menaiki kenderaan jenis,  ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Sg Sibuga itu kemudian dilihat meninggalkan pejabat tersebut pada 2:10 petang tadi.

Beliau dipercayai hadir untuk memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lepas.

Pihak media berkampung di hadapan ibu pejabat SPRM sejak pukul 9 pagi bagi menanti ketibaannya walaupun dalam keadaan hujan lebat sejak 10.30 pagi.

Musa dilaporkan meninggalkan negara ini pada 16 Mei lepas untuk menjalani rawatan perubatan di United Kingdom.

Beliau kemudiannya pulang ke tanah air pada 21 Ogos lepas bagi menjalani rawatan lanjutan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya sebelum kembali ke Kota Kinabalu, Sabah semalam untuk mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga.

Pada Jumaat lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah dan membenarkan beliau mendapat rawatan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.

Pada 23 Mei lepas, pegawai SPRM hadir di kediaman Musa di Sabah, namun mereka tidak dapat masuk kerana beliau tiada di rumah.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.