3 Cedera Kereta Terbalik Rempuh Penghadang Jalan

IPOH: Tiga lelaki cedera selepas kereta dinaiki merempuh penghadang jalan dan terbalik di susur keluar persimpangan Tambun di Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, tengah malam tadi.

Mangsa yang menaiki kereta Proton Saga cedera di beberapa bahagian badan termasuk kaki dan kepala.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Khairuddin Hussin, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah malam.

Katanya, sebaik tiba anggota bomba mendapati ketiga-tiga mangsa sudah dikeluarkan dari kereta oleh orang awam.

“Anggota bomba memberikan rawatan awal kepada ketiga-tiga mereka sebelum mereka dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dengan menaiki kenderaan Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 1.23 pagi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.