Wanita Lahir Anak Masa Sedang Beli Barang Dapur

Yunfu, (China) – Satu rakaman video yang tular di China memaparkan detik-detik seorang wanita yang melahirkan anak ketika berdiri di tepi jalan.

Media tempatan melaporkan, wanita itu melahirkan anaknya ketika berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas membeli barang dapur di sini pada Sabtu lalu.

Video itu menunjukkan wanita itu membongkok di tepi jalan dengan kainnya dipenuhi darah.

Beberapa saat kemudian, bayi dilihat bergerak-gerak di kakinya.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian hanya mampu melihat wanita itu melahirkan anaknya seorang diri.

Selepas melihat bayi itu terbaring di atas jalan, beberapa wanita datang memberi bantuan dan menghubungi ambulans.

Apabila ambulans tiba, seorang jururawat membantu wanita itu duduk dan memeriksa bayinya sebelum membalut kanak-kanak itu dengan kain.

Saksi berkata, jururawat memujuk wanita itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tetapi dia enggan.

Selepas berehat, wanita itu dilihat berjalan kaki pulang ke rumah sambil mendukung bayinya dan menjinjing beg plastik mengandungi barang dapur yang dibelinya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.