Video : Hotel Tolak, Nelayan Jaja Bangkai Ikan Paus Hiu

Paus Hiu dilihat dijual di jalan-jalan di sekitar Fujian, Xiapu, China.

Menurut Tribunnews, paus raksasa mati itu diangkut menggunakan trak pikap dan dibawa ke sebuah hotel.

Para nelayan yang menangkap ikan gergasi itu berhasrat untuk menjualnya ke hotel.

Bagaimanapun, pihak hotel enggan membeli ikan yang telah menjadi bangkai.

Pihak hotel menolak kerana paus Hiu termasuk haiwan yang dilindungi malah, pihaknya turut mencurigai paus Hiu yang mati itu turut didakwa mengandungi merkuri berbahaya apabila dimakan.

Menerusi rakaman video, telah menunjukkan para nelayan menggeram badan ikan dan dipotong menjadi kepingan kecil yang mudah untuk dijual.

Dalam pada itu, penduduk turut meminta polis menyiasat segala kegiatan haram di kawasan itu.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.