Tunang Disantau Teman Rapat

Seorang gadis disantau melalui gambar yang di muatnaik di media sosial menjadi tular.

Daripada seorang wanita yang aktif dan ceria, mula bertukar menjadi mayat hidup dan akhirnya meninggal dunia.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian netizen di media sosial apabila seorang individ telah berkongsi mengenai pengalamannya di Twitter, lapor MH.

Ruangan komen di Twitternya juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial itu yang turut terkejut dengan pengalaman ngeri yang dialami arwah tunangnya.

Perkongsian itu telah menerima lebih daripada 8.1 ribu likes dan lebih 15 ribu perkongsian di Twitter dan Facebook setakat ini.

Lebih memeranjatkan lagi apabila perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh teman baiknya yang cemburu akan hubungan dia dan arwah tunangnya.

Menurut individu terbabit, arwah tunangnya kelihatan seperti mayat hidup dan berbau seperti beratus-ratus ekor bangkai dan hanyir darah.

“Aku gagahkan diri datang dekat dengan dia. Dia tengok aku dan macam melekat dekat lantai tu.

Melengkung ke bawah. Tapak kaki dia rapat kena lantai.

“Muka cengkung. Sumpah aku speechless tengok dia guna baju pun bau dia masih kuat. Kau try imagine bau beratus-ratus ekor bangkai dan hanyir darah dalam 1 bilik. Sumpah busuk. Sumpah.

“Baru aku nak berpaling dia stop gelak dan dia cakap. “Kau tak akan dapat perempuan ni. Dia milik aku. Selamanya akan jadi milik aku.”

Tambah Shahir juga, arwah tunangnya juga sudah lama berubat, memakan masa lebih sebulan dan mereka terpaksa menunda majlis.

Katanya lagi, ustaz yang mengubati arwah tunangnya tidak mahu mengaibkan sesiapa, tetapi apabila ibu tunangnya mula merayu kerana tidak mahu orang lain terkena fitnah, akhirnya ustaz tersebut mendedahkan orangnya iaitu teman baiknya sendiri.

Tambah indivudu terbabit lagi, dia, arwah tunangnya dan lelaki yang dikatakan cemburu itu merupakan kawan baik dan belajar di tempat yang sama.

Namun dia cuba berlapang dada berkata tunangnya meninggal dunia kerana ajalnya memang sudah sampai dan buatan itu hanyalah penyebab.

Ruangan komen di Twitternya juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di Twitter yang mengucapkan takziah kepadanya dan mengucapkan terima kasih kerana berkongsi pengalaman ini yang boleh dijadikan pengajaran buat semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!