Suluk Sabah Yakin Kemampuan Mohamad Fuzi Tangani Jenayah Rentas Sempadan

KOTA KINABALU  – Pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu mampu memberi impak besar dalam usaha menangani isu keganasan, militan dan jenayah rentas sempadan, khasnya di Sabah.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata keyakinan beliau itu adalah berasaskan kepada pengalaman luas Mohamad Fuzi dalam kerja-kerja risikan serta operasi selain turut berpengalaman bertugas sebagai Ketua Cawangan Khas IPK Sabah selama beberapa tahun sebelum ini, lapor Bernama.

Katanya latar belakang perkhidmatan Mohamad Fuzi yang berpengetahuan luas mengenai Sabah membawa kelebihan kepada Sabah kerana pastinya beliau akan turut memberikan keutamaan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kita yakin beliau akan mencari kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan selepas disesuaikan dengan segala bentuk maklumat yang diperoleh. Kita juga percaya beliau akan memperkasakan pertukaran maklumat di antara agensi risikan negara kita dengan negara jiran yang sekali gus memberikan manfaat kepada banyak pihak,” katanya dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.