Saya Sedang Bahagia – Farid Kamil

KUALA LUMPUR  – Walaupun jarang mengambil gambar bersama, pelakon, Farid Kamil menganggap itu bukanlah satu penanda aras untuk kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri Diana Danielle.

 

Menurut bapa kepada dua orang anak ini, sejak mendirikan rumah tangga, mereka sudah mengambil keputusan untuk tidak meletakkan rumah tangga sebagai sesuatu yang perlu dipromosikan.

 

“Adakah dengan melihat gambar-gambar di laman Instagram itu boleh membuktikan pasangan itu sedang bahagia? Besar sangatkah Instagram itu untuk dijadikan penilaian mengenai kebahagiaan seseorang.

“Sebab itu saya tidak mahu ambil pusing mengenai komen orang lain kerana saya sendiri sedang bahagia melayari rumah tangga bersama isteri dan anak-anak,” katanya,

Farid ditemui ketika majlis pelancaran filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadakan di Publika, semalam. Filem tersebut bakal ditayangkan pada 12 Oktober depan.

Sedangkan lidah lagi tergigit, sudah pasti rumah tangga yang dibina Farid juga menghadapi masalah tetapi tidaklah terlalu serius.

“Memang ada salah faham tetapi tidaklah terlalu kritikal sehingga boleh mengganggu rumah tangga kami,” jelasnya.

Farid mendirikan rumah tangga bersama Diana pada 3 November 2012 dan kini dikurniakan dua orang anak, Muhammad, 4, dan Nur Aurora yang baru berusia dua tahun. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.