Netizen Kecam Pelajar Sekolah Bercium Di Tempat Awam

Seorang pengguna Instagram, Ryzal Syah Putra memuat naik satu gambar pelajar sekolah sedang bercium ditempat awam.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di SS15 Subang, Selangor dimana ketika Ryzal sedang makan di sebuah restoran bersama dengan anak buahnya.

Kelihatan sepasang kekasih berpakaian uniform sekolah sedang bercumbuan di luar restoran.

“Kot ya pun dah gatal sangat, tak perlulah ‘open’ sangat sampai nak bercium dekat tempat awam macam tu. Dah lah masih bersekolah. Buat perangai memalukan je,”petik laporan sebuah portal.

Menerusi kapsyennya, apabila ditegur, barulah kedua pasangan pelajar sekolah itu berlalu pergi.

Ramai netizen menyelar perbuatan itu dan menyifatkan perangai remaja di zaman ini semakin ‘liar’ dan tidak tahu malu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.