Letupan Ujian Nuklear Korea Utara Lapan Kali Ganda Kuat

TOKYO – Ujian nuklear Korea Utara pada Ahad lepas dilihat mampu menghasilkan kekuatan letupan sebanyak 120 kiloton, lapan kali ganda lebih kuat berbanding bom atom yang digugurkan di Hiroshima pada 1945, kata Menteri Pertahanan Negara Tomohiro Yamamoto semalam, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.

Bernama melaporkan, anggaran itu dikeluarkan selepas menjalankan semakan terhadap jangkaan awal sebanyak 70 kiloton yang dikeluarkan sejurus selepas letupan berlaku.

Jangkaan awal itu berdasarkan pengumuman Suruhanjaya Persediaan Pertubuhan Perjanjian Komprehensif Larangan Ujian Nuklear (CTBTO) bahawa ujian nuklear berkenaan boleh menyebabkan gempa buatan sekuat 5.8 magnitud pada skala Richter.

Beberapa pegawai berkata, magnitud mungkin boleh mencecah sehingga 6.0.

Yamamoto berkata, jika magnitud berada pada 6.0, kekuatan letupan dianggarkan berupaya mencapai 120 kiloton.

Bom yang digugurkan Amerika Syarikat di Hiroshima pada 1945 mempunyai kekuatan sebanyak 15 kiloton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.