Izzue Tolak Dakwaan Yang Mengatakan Dirinya Tamak Terima Tawaran

KUALA LUMPUR .- Penyanyi dan pelakon, Izzue Islam menolak persepsi segelintir pihak yang memdakwa dia terlalu tamak dalam menerima tawaran demi tawaran.

Jelas ahli kumpulan Forteen ini, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menimba lebih banyak ilmu terutama dalam menceburi cabang seni baharu seperti pengacaraan.

Katanya, dia bersyukur kerana namanya masih menjadi pilihan produser dan penerbit yang mempercayai bakat serta sikap sentiasa belajar perkara barunya.

“Saya anggap itu rezeki dan peluang yang diberikan tuhan. Takkan saya hendak tolak kan? Setiap ruang baharu untuk saya memperbaiki diri harus digunakan sebaik mungkin.

“Saya bukan tamak. Setiap tawaran akan dipertimbangkan dahulu. Bukan main sapu sahaja semua. Tapi rezeki itu kita tidak dapat menolaknya,” katanya.- UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.