Wanita Ini Cari Mangsa Di FB, Ajak Main Seks, Ajak Nikah Dan Bawa Lari Mas Kahwin

Thailand – Polis memburu seorang wanita yang didakwa berkahwin dengan sekurang-kurangnya lapan lelaki sebelum melarikan diri dengan timbunan wang dan barang kemas.

Nilai wang yang dilarikan mencecah sehingga sekitar RM26,000 hingga RM64,000 untuk mas kahwin bagi seorang lelaki.

Salah seorang mangsa, Prasarn Tiamyam, 32, telah melaporkan kejadian itu kepada polis pada Selasa terhadap bekas isterinya itu yang dikenali sebagai Jariyaporn “Nammon” Buayai  selepas merasakan dirinya ditipu sehingga RM26,000.

Menurut Prasarn, wanita itu melarikan wang itu empat hari selepas resepsi perkahwinan mereka diadakan di sebuah resort di Provinsi Prachuap Khiri Khan.

Prasarn, yang kini berkahwin lagi memutuskan untuk membuat laporan polis selepas menyedari dia ditipu.

Sebelum ini, berita dan amaran mengenai cara penipuan perkahwinan ini telah meluas di media sosial di Thailand.

Bercakap kepada TV Amarin, Prasarn berkata dia mengenali Nammon di Facebook pada Februari 2015.

Selepas sembilan bulan berkenalan, Prasarn bersetuju untuk berkahwin kerana wanita itu mengaku dia telah hamil.

Prasarn berkata, semasa mereka menjalinkan hubungan, Nammon tidak pernah mengizinkan dia bertemu dengan ibu bapa wanita itu.

Tidak lama selepas berkahwin, Nammon mengatakan bahawa dia perlu menyelesaikan urusan perniagaan buah-buahannya di Wilayah Nong Khai.

Selepas pemergian isterinya, Prasarn tidak dapat menghubungi bekas isterinya itu lagi. Sebaliknya, dia mendapat panggilan daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai anak saudara Nammon.

Wanita itu mendakwa Nammon telah kehilangan bayi dalam kandungannya dan meminta supaya Prasarn tidak lagi menghubunginya.

Prasarn hanya menyedari dia telah ditipu selepas kisah Nammon dimuat naik dan tersebar dalam media sosial.

Seorang mangsa lain yang merahsiakan identitinya, turut mengakui bertemu dengan Nammon di Facebook.

Daripada lelaki ini pula, Nammon menyuruh untuk mengumpul dana berjumlah RM65,000, yang merupakan sebahagian daripada mas kawin dalam perkahwinan mereka pada bulan Februari.

Tidak lama selepas lelaki itu memindahkan wang tersebut ke akaun banknya, Nammon memaklumkan masa ini tidak sesuai untuk mereka melangsungkan perkahwinan kerana ramalan horoskop yang buruk.

Melalui mangsa yang lain pula, yang dikenali sebagai “Wichit,”, lelaki itu mendakwa telah berhubung dengan tujuh lelaki lain yang telah ditipu oleh Nammon

Wichit berkata jalan cerita mereka adalah sama, iaitu untuk berkenalan dengannya di Facebook, mengajak melakukan seks dan kemudian berbohong tentang kehamilan.

Menurut laporan, Nammon dikatakan telah berkahwin seminggu sekali pada bulan lalu dengan lima lelaki yang berbeza.

Bagaimanapun, hingga ke hari ini tidak terdapat laporan yang dapat disahkan mengenai berapa ramai lelaki yang menjadi mangsanya.

Sementara itu, polis telah mengunjungi rumah ibu bapa Nammon di daerah Wang Sapung namun mereka telah melarikan diri.

Polis hanya menemui kakak perempuan Nammon, yang mendakwa telah memutuskan hubungan dengan Nammon.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.