Erra Gembira Anak Dapat Menerima

PELAKON popular Erra Fazira meluahkan rasa gembira apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal berkahwin dengan pelakon Laudya Cynthia Bella.

Erra, 42, berkata dia bersyukur dan berlapang dada apabila Emran kali pertama memperkenalkan calon isteri yang juga bakal ibu kepada anak mereka Engku Aleesya.

“Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya.

“Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut,” katanya kepada Harian Metro.

Erra yang juga pelakon filem Sembilu memberitahu anaknya gembira dengan kehadiran bakal ibu tirinya itu.

“Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella.

“Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingga ke jannah. Amin,” katanya.

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.