Cerita Pengajaran Wanita 57 Tahun

Ngeri apabila melihat video seorang wanita yang menghidapi penyakit kanser mulut akibat merokok.

Menurut laporan portal Center Disease Control and Prevention, wanita berusia 57 tahun ini yang dikenali sebagai Terrie Hall yang mempunyai tabiat buruk, lapor MH.

Terrie suka merokok sekurang-kurangnya dua kotak sehari sehinggalah menyebabkan dia ‘sakit tekak’ selama hampir 15 tahun.

Pada awal usia 40an di tahun 2001, Terrie telah disahkan menghidapi penyakit kanser mulut kesan dari rokok yang dihisapnya sejak berpuluh tahun dahulu.

Bukan itu sahaja, doktor juga telah mengesahkan Terrie menghidapi kanser tekak dalam masa yang sama sehingga menyebabkan pihak perubatan terpaksa membuang peti suaranya dan dia terpaksa bergantung pada suara tiruan / robot yang dicipta khas untuk kegunaannya.

Suara tiruan tersebut dimasukkan ke dalam mulutnya dan berfungsi sama seperti peti suara asli.

Menurut laporan tersebut lagi, kesan daripada semua ini Terrie sering memberitahu rindu untuk dodoikan cucunya sebelum tidur.

Difahamkan, Terrie telah membesar bersama perokok-perokok tegar hingga akhirnya membuatkan dirinya juga terjebak untuk merokok di awal usia remaja. Terrie yang dahulunya cantik dan terkenal sebagai salah seorang pasukan sorak, kini dia berubah menjadi seorang yang agak menakutkan.

Dalam sebuah video yang sempat dirakam, Terrie memberitahu sering dipersoalkan oleh kanak-kanak mengapa suaranya seperti itu, jawabnya;
“ini semua kesan dari tabiatnya yang suka merokok jadi jangan sesekali cuba untuk merokok,” katanya dengan tenang.

Kesal dengan apa yang terjadi pada dirinya, wanita ini telah berkerja keras dan bertungkus-lumus untuk melakukan kempen anti-rokok.

Malah dia juga turut mendidik golongan muda untuk jangan dekati rokok dan tahu apakah kesan buruk dan risiko akibat pengunaan tembakau.

Namun nasib tidak menyebelahinya. Terrie telah menghembuskan nafas terakhir pada 16 September 2013 kerana penyakit yang dihidapinya.

Sebelum meninggal dunia, Terrie sempat menerima anugerah the Surgeon General’s Medallion, Sesuatu penghormatan tertinggi melibatkan kesihatan awam atas jasanya yang menggalakkan orang ramai untuk berhenti merokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.