Akaun Twitter Justin Bieber Mencecah 100 juta Pengikut

PENYANYI sensasi antarabangsa kelahiran Kanada, Justin Bieber mencipta rekod tersendiri apabila pengikutnya melalui akaun Twitter mencecah 100 juta.

Angka terbaharu itu juga menjadikan Justin, 23, sebagai individu yang kedua dengan jumlah pengikut terbanyak menerusi laman sosial popular tersebut selepas Katy Perry dengan 103 juta pengikut.

Pihak Twitter turut memuat naik ucapan tahniah kepada Justin atas pencapaian luar biasa tersebut dengan mereka hashtag khas iaitu #100MBeliebers selain mewujudkan emoji khas untuk Justin.

 

Twitter turut mengeluarkan beberapa fakta menarik tentang penyanyi lagu Sorry itu sejak dia menyertai Twitter pada Mac 2009. Antara fakta menarik adalah perkataan Belieber telah diulang kicau sebanyak 84 juta kali.

Justin yang dilarang masuk ke China pada Julai lalu, sebenarnya mula aktif sebagai penghibur sejak 2008, sebelum dikenali ramai menerusi pelbagai lagu popular genre pop dan R&B. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.