Ada Lebih 500,000 Anak Tak Sah Taraf

Terdapat lebih 543,363 anak tidak sah taraf di negara ini, menurut statistik terkini 12 tahun dari 2006 hingga 30 Jun lalu.

Bagaimanapun, bukan semua mereka adalah anak luar nikah kerana ibu dan bapa tidak berkahwin, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Katanya, kes itu turut melibatkan perkahwinan yang tidak didaftarkan mengikut peraturan, kelahiran tidak cukup enam bulan (bagi pasangan Islam) dan kegagalan mendaftar semula perkahwinan di luar negara.

Anak yang dijumpai terdapat tanpa diketahui identiti ibu atau bapa turut dikelaskan dalam kategori ini.

 

“Berhubung peratusan pasangan yang berkahwin selepas memiliki anak tidak sah taraf pula, JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) tidak memiliki rekod tersebut,” katanya.

Zahid berkata demikian dalam jawapan bertulis parlimen kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Mahfuz mahu tahu statistik terkini anak tidak sah taraf dan peratusan pasangan berkahwin selepas memiliki anak tidak sah taraf.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.